KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menerima keputusan seri 3-3 dengan Kedah Darul Aman dan menyifatkan perlawanan ini menyedarkan mereka bahawa masih banyak perkara yang perlu diperbaiki pasukannya.
Dia turut mengakui JDT bermula dengan langkah kiri apabila bergelut pada peringkat awal yang menyaksikan pesta kejuaraan Liga Super ke-10 berturut-turut Harimau Selatan tertangguh selepas mencatat keputusan seri.
“Ianya adalah perlawanan yang sukar seperti kebiasaan namun anda seringkali tidak mempercayainya. Kami tidak bermain seperti yang sepatutnya dan kami menderita pada separuh masa pertama.
"Perlawanan ini menyedarkan kami bahawa masih banyak perkara yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi Liga Juara-Juara AFC"
Esteban Solari, Pengendali JDT#LigaSuper2023#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/ktHsfb813g
— Flash Sukan (@FlashSukan) August 26, 2023
“Pada separuh masa kedua pemain mula pamer karakter sebenar dan untuk bangkit dari ketinggalan 2-0 sememangnya sukar terutamanya apabila menentang pasukan seperti Kedah di laman mereka.
“Perlawanan ini menyedarkan kami bahawa masih banyak perkara perlu diperbaiki terutama bagi mempersiapkan pasukan menjelang kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL),” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Keputusan seri itu juga menyebabkan JDT terpaksa menangguhkan kejuaraan Liga Super buat sementara waktu, namun Solari yakin bahawa hanya masa sahaja yang akan mengesahkan mereka kejuaraan.
“Kami tidak kecewa kerana bagi kami ianya adalah pembelajaran kerana apa lagi yang boleh saya katakan pada pemain saya kerana mereka telah menang 20 kali berturut-turut dalam liga dan kali ini kami seri dan kami akan membuka buku baharu dan terus mara kehadapan.
JDT bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mendahului 3-2 namun Amirbek Juraboev mempunyai idea lain apabila menyumbat gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan sekali gus memastikan kejuaraan kesepuluh berturut-turut JDT dalam liga.