PEMAIN import Terengganu FC (TFC), Pape Diakite mendedahkan lelaki ini antara penyebab dirinya terus berkarier bersama kelab itu sehingga ke hari ini.

Individu dimaksudkan adalah Joe Rozi yang merupakan pengurus pasukan Terengganu musim 2021.

Berdasarkan ciapan bek tengah kelahiran Senegal itu, Joe adalah lelaki besar di belakang tabir.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa saya menghargai anda sejak hari pertama.

“Dan kerana anda saya berada di sini dalam pasukan ini hari ini dan ramai di antara kita.

“Semoga Tuhan memberkati kerja keras anda dan sentiasa mendorong pasukan ke tahap terbaik,” katanya di Twitter.

Diakite baharu selesai menjalankan tanggungjawab membantu skuad kendalian Nafuzi Zain mara ke Piala AFC 2023 selaku naib juara Liga Super musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal kembali memperkuatkan Sang Penyu menjelang aksi perlawanan pertama pusingan 16 TM Piala Malaysia bertemu Sri Pahang FC di Kuantan pada 27 Oktober depan.