PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) sentiasa komited dalam memastikan kepuasan penonton yang hadir ke Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Menerusi perkongsian terkini, kerja-kerja pemotongan besi penghalang sedang giat dijalankan bagi memastikan keselesaan penonton.

Malah, kerja itu dijangka siap pada awal Oktober 2023.

 

Image

 

Image

 

Image

Terdahulu, kerja-kerja penyelenggaraan fasad Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City juga sedang giat dijalankan meliputi kerja-kerja mencuci dan memeriksa penyelenggaraan fasad secara tidak komprehensif.

Pihaknya berkata, kerja-kerja pembaikan kerosakan trek larian kawasan luar Stadium Nasional yang sedang giat dijalankan kini telah mencapai sehingga 55 peratus siap.

Projek pembaikan berkenaan dijangka siap sekitar bulan November 2023.