KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia (KBS) mengorak satu lagi langkah ke arah kemajuan sukan negara, apabila memetrai kerjasama strategik bersama Malaysia Aviation Group (MAG) yang bakal memanfaatkan atlet terutamanya di peringkat pembangunan untuk mendapat lebih pendedahan kejohanan di luar negara.

Pemetraian kerjasama itu bakal menyaksikan golongan atlet mendapat diskaun tiket penerbangan Malaysia Airlines sehingga 20 peratus.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, kerjasama yagn dijalin untuk tempoh setahun itu, bakal memanfaatkan 1,000 atlet, 150 kakitangan kejurulatihan, 221 persatuan serta 103 jenis sukan yang mendapat pengiktirafan kementerian terbabit, bagi menyertai kejohanan dan temasya sukan, selain menjalani latihan di dalam mahupun luar negara.

Ketibaan Kementerian Belia dan Sukan Hanna Yeoh dan Datuk Captain Izham bin Ismail di Malaysia Aviation Group (MAG) mengenai MHSPORTS  (Foto Akma / Flash Sukan )

“Kalau kita hantar lima atlet, mungkin ada atlet lain dalam persatuan yang tidak menerima tajaan kerajaan, tapi ibu bapa beli tiket sendiri, jadi mereka juga boleh mendapat manfaat. Kerana selagi mereka dalam senarai diiktiraf KBS, mereka akan dapat semua benefit dalam portal ini.

“Produk ini akan memanfaatkan atlet remaja, bakat pembangunan berusia bawah 18 tahun, bawah 12 tahun yang kurang mendapat pendedahan kerana kekangan bajet,” kata Hannah, selepas Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara KBS dan Malaysia Aviation Group (MAG) di Sepang.

Barisan atlet negara bakal menerima manfaat menerusi kerjasama Kementerian Belia dan Sukan bersama Malaysia Aviation Group (MAG), MAY 7 , 2024 (foto Akma / Flash Sukan)

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail.

Begitupun, Hannah memberitahu, atlet yang mahu mendapatkan diskaun terbabit perlu berurusan melalui persatuan sukan masing-masing atau menerusi Majlis Sukan Neagra mahupun Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Dalam papda itu, Izham jumlah diskaun yang ditawarkan bergantung kepada musim penerbangan.