KESILAPAN Zack Steffen yang membenarkan jaringan kedua Liverpool disifatkan malapetaka terbesar Manchester City ketika disingkirkan Liverpool dalam babak separuh akhir Piala FA, pada Sabtu malam.

Manchester City kalah 2-3 Wembley, dan ketinggalan tiga gol di babak pertama menerusi jaringan Ibrahima Konate dan sepasang gol Sadio Mane.

Gol kedua Liverpool dihasilkan Mane menjadi detik paling teruk skuad City. Steffen terlalu lama menahan bola di depan garisan gawang dan dicuri oleh Mane dengan terjahan yang menerjah jaring.

The Citizens cuba melakukan kebangkitan, namun hanya mampu mendapatkan dua gol dari Jack Grealish dan Bernardo Silva.

Pengurusnya, Pep Guardiola enggan menyalahkan Steffen dan beranggapan ia adalah risiko untuk pasukan yang gemar menghantar bola ke belakang.

Pemain Man City kelihatan kecewa selepas tewas kepada The Reds. Foto. The FA

“Dia akan belajar di sebalik kecelakaan ini. Ketika bola ada di sana, itu kerap berlaku.. Saya sudah bercakap dengan pasukan, bukan dengannya secara peribadi, tapi dia lelaki yang kuat,” ujarnya kepada BBC.

Guardiola melontarkan pujian para pemain yang memberikan perlawanan sengit di babak kedua, bahkan miliki peluang menyamakan kedudukan.

“Kami mengerahkan segalanya selepas babak pertama yang sukar. Untuk gol pertama, bola mati mereka itu cukup padu.

“Payah untuk bangkit dengan gol kedua Liverpool. Pemain melakukannya dengan sempurna di babak kedua dan tetap menunjukkan rasa bangga di babak kedua,” tambah Guardiola.