KEMBALINYA Terengganu FC ke pentas final Piala FA sejak 11 tahun lepas merupakan detik bersejarah pasukan bola sepak dari pantai timur itu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ab Rasid Jusoh berkata, keterujaan penyokong Penyu melonjak-lonjak sebaik sahaja mengetahui Stadium Nasional Bukit Jalil di pilih gelanggang final musim ini.
“Ini adalah perlawanan yang bersejarah bagi pasukan Terengganu FC selepas 11 tahun tidak menjejakkan kaki ke perlawanan akhir kejohanan Piala FA ini.
“Saya sangat bersetuju dan berterima kasih kepada pihak Malaysian Football League (MFL) kerana menyediakan venue yang terbaik bagi pasukan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan akhir ini,” katanya kepada Flash Sukan.
🏴🏳️ 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗙𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮 🏴🏳️
Terengganu FC vs Johor Darul Ta'zim
📆 10 September 2022
⏱ 9.00 Malam
🏟 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/32mAJB0DRx— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) August 16, 2022
Beliau berkata, tarikh yang ditetapkan oleh MFL membolehkan anak buah Nafuzi Zain mempunyai persiapan yang rapi bagi bertemu pasukan JDT.
“Pemain akan bermain sehabis baik mungkin untuk perlawanan ini. Saya berharap kepada semua penyokong ‘We Bleed Black and White‘ akan sentiasa mendoakan buat pasukan Terengganu bagi memperolehi kemenangan di Piala FA,” ujarnya.
Semalam, MFL memilih Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 10 September 2022.