KETIADAAN pengendali Chelsea Womens FC, Emma Hayes tidak menjadi penghalang buat anak buahnya mempamerkan aksi menakjubkan ketika membenam Everton, 3-1 dalam aksi hangat di Walton Hall Park.

Dalam pada itu, pengurus Chelsea FC, Emma Hayes bangga dengan prestasi luar biasa dipamerkan anak buahnya meskipun dia tiada di lokasi perlawanan.

“Saya sangat berbangga meskipun saya tiada di tempat kejadian, saya hanya dapat menonton di televisyen sahaja.

“Apa yang ditunjukkan pemain saya sangat baik, terima kasih kerana bermain mati-matian untuk saya dan pasukan,” ujarnya.

Dua gol jaringan Pernille Harder serta ledakan Niamh Charles pada penghujung babak kedua jelas menjadi tonik terbaik dihadiahkan kepada Emma Hayes yang sedang menjalani pemulihan dari Hysterectomy.

Tuan rumah, Everton FC bagaimanapun berjaya memperoleh gol saguhati menerusi jaringan sendiri Kadeisha Buchanan pada minit ke-53.

Kemenangan tersebut meletakkan Chelsea FC di tangga kedua Liga Super Wanita di belakang pendahulu, Manchester United FC yang terlebih dahulu menumpaskan Brighton 4-0.