PEMAIN pertahanan skuad senior kebangsaan, Khuzaimi Piee berkata dia akan memberikan segala-galanya dalam aksi menentang Bahrain yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu malam.
“Bagi kami, perlawanan menentang Turkmenistan agak memberangsangkan.
“Kami akan berikan lebih dari 100 peratus dalam pertemuan bertemu Bahrain,” ujar pemain berasal dari Krubong itu.
Sementara itu, dia turut mengakui adanya unsur tekanan dalam setiap perlawanan tetapi yakin bakal hadir dengan momentum yang terbaik.
“Setiap perlawanan akan ada tekanan, tetapi kami telah biasa dengan keadaan itu.
“Kita telah bermain dengan pasukan dari ranking yang lebih tinggi, jadi kita hanya perlu fokus kepada permainan.
Malaysia bakal membuat perhitungan menentang Bahrain pada Sabtu (11 Jun), sebelum melengkapkan jadual bertemu Bangladesh (14 Jun) dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.