THE Green Deers memilih Lembah Klang sebagai destinasi aksi pramusim Liga Malaysia 2023 dalam usaha mempersiapkan pasukan mengharungi saingan musim 2023.
Negeri Sembilan FC, KL City FC serta PDRM FC merupakan tiga kelab telah bersetuju menentang skuad yang mendapat jolokan Kijang Hijau.

Indra Putra antara pemain berpengalaman menyertai KUFC musim ini.

Skuad bimbingan Tomas Trucha akan menentang Negeri Sembilan FC malam ini di Stadium UPM, sebelum bertemu KL City FC (KLFA Cheras) 31 Januari dan menamatkan aksi pra musim di Lembang Klang menentang PDRM FC di Stadium UPM Serdang, 2 Februari nanti.
“KUFC percaya tiga aksi persahabatan ini akan memberikan Trucha persediaan terbaik untuk memantapkan permainan, kombinasi pemain dan menyesuaikan para pemain dengan taktikal yang dimahukannya.
“Terdahulu, Kelantan United FC telah mengadakan dua perlawanan persahabatan sebelum ini menentang Terengganu FC yang berkesudahan Sang Kijang Hijau mencatatkan sekali seri dan sekali kalah kepada kelab tetangga tersebut,” ujar kenyataan kelab.
Selepas tiga perlawanan di Lembah Klang dan KUFC bakal beraksi dua perlawanan di Kota Bharu telah diatur buat Kelantan United FC.

Prestasi pertahanan import Brazil, Victor Silva tidak mengecewakan.

Persiapan pasukan kelab yang berpengkalan di Kota Bharu musim 2023 dilihat meriah dengan kejayaan membawa masuk penyerang antarabangsa Kyrgyzstan, Ernist Batyrkanov serta bekas pemain kebangsaan B-17 Brazil, Victor Silva Paixao yang pernah beraksi di Liga utama Portugal bersama Gil Vicente, Marinhense dan Cova Piedade.
Begitu juga beberapa nama pemain tempatan yang berpengalaman antaranya, bekas pemain skuad kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin dan Syazwan Zainol.