KIM Min-jae selangkah lagi untuk menjadi pemain Bayern Munich dan sedang menanti Die Roten untuk menebus kontraknya di Napoli.
Kim sememangnya menjadi sasaran beberapa kelab besar selepas prestasi mantapnya musim lalu. Pada tahun pertamanya, Kim membawa Napoli untuk memenangi Liga Itali.
Dia menjadi tonggak di barisan belakang Napoli dengan dua gol dan dua assist daripada 45 perlawanan. Manchester United pada mulanya berada di kedudukan pertama untuk menyambar Kim.
Bagaimanapun, kekurangan penjelasan dalam proses pengambilalihan kelab itu membuatkan Kim akhirnya berpaling tadah dan Bayern segera menghampirinya. Tanpa berfikir dua kali, Bayern segera menawarkan kontrak kepada Kim.
EXCL: Bayern have reached total verbal agreement with Kim Min-jae on personal terms, five year deal ready — here we go! 🚨🔴🇰🇷 #FCBayern
Kim has accepted the contract proposal as club sources confirm. Contract valid until 2028.
Next step up to Bayern: pay the release clause. pic.twitter.com/LBK8w6s20H
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 28, 2023
Dalam proses itu, Kim menerima kontrak lima tahun dengan gaji 17 juta euro setahun. Dipetik daripada Fabrizio Romano, Kim akan terbang ke Munich apabila perkhidmatan tenteranya tamat bulan depan.
Bayern hanya perlu menyelesaikan urusan perpindahan dengan Napoli. Khabarnya mereka bersedia untuk menebus klausa kontrak Kim bernilai lebih 50 juta euro.
Kim Min-jae akan menjadi pemain baharu Bayern yang ketiga musim ini selepas Konrad Laimer dan Raphael Guerreiro, kedua-duanya diperoleh secara percuma.