JUARA papan anjal Sukan SEA, Kimberly Bong Qian Ping telah mengumumkan persaraan daripada bidang terjun.
Penerjun berusia 21 tahun itu adalah penerjun wanita kedua yang meninggalkan pasukan terjun negara bulan ini selepas finalis papan anjal Olimpik Wendy Ng Yan Yee juga mengumumkan persaraannya.
Kimberly, yang berasal dari Sarawak, mengharungi musim yang tidak dapat dilupakan tahun lalu apabila beliau meraih pingat emas Sukan SEA individu pertamanya selepas memenangi acara 3m papan anjal wanita di Kemboja.
Beliau berganding dengan Ong Ker Ying untuk menamatkan penantian 13 tahun Malaysia untuk pingat terjun di Sukan Universiti Dunia apabila mereka merangkul pingat perak 3m papan anjal seirama wanita di Chengdu, China pada Ogos.
Kimberly menunjukkan potensinya apabila beliau menduduki tempat keempat dalam Sukan Remaja Olimpik di Argentina pada 2018 tetapi perkembangan kerjayanya juga terjejas akibat kecederaan bahu dan pinggul yang mengancam kariernya.
Kimberly tidak mendedahkan sebab persaraanya yang mengejutnya tetapi lebih suka menghargai detik-detik indah bersama pasukan kebangsaan.
“15 tahun menerjun. Semua tawa, keringat dan air mata itu tidak akan dilupakan.
“Terima kasih kepada mereka yang telah menyokong saya sepanjang kerjaya saya.
“Secara rasminya, bab ini ditutup dan sudah tiba masanya untuk saya beralih ke bab lain,” tulisnya di Instagram.