PEMAIN tengah Perak FC, Sunday Afolabi, meluahkan rasa puas hati selepas kemenangan tipis 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur City FC tempoh hari.

Kemenangan ini sekali gus meneruskan rentak cemerlang The Bos Gaurus selepas mereka berjaya menewaskan Negeri Sembilan FC minggu lalu dalam saingan Liga Super Malaysia.

We keep going,” ujar Afolabi ringkas, menunjukkan keyakinan dan semangat juang yang tinggi dalam memastikan momentum kemenangan pasukan terus terjaga.

Dengan kemenangan terbaru ini, Perak FC berjaya melonjak naik ke tangga ketujuh Liga Super, mengumpul 12 mata daripada sembilan perlawanan. Anak buah Yusri Che Lah itu kini hanya empat mata di belakang Terengganu FC yang berada di tempat ketiga.

Sunday Afolabi (belakang, tiga kiri) percaya Perak akan meneruskan momentum kemenangan dalam aksi Liga Super.

Perjalanan pasukan ini tidak akan terhenti di sini, apabila mereka bakal menghadapi Sri Pahang FC di tempat lawan pada 28 September.

Perlawanan tersebut dilihat sebagai peluang untuk meneruskan rentak cemerlang yang sedang mereka bina.

Pasukan dari utara tanah air itu kini dalam misi untuk terus mempamerkan prestasi terbaik dalam usaha mengukuhkan kedudukan mereka di Liga Super.

Dengan persembahan yang semakin meningkat, Perak FC jelas tidak mahu ketinggalan dalam persaingan liga musim ini.