Foto: AFC
KUALA Lumpur City FC terus cemerlang mara ke final Inter Zon Piala AFC 2022 setelah menewaskan Mohun Bagan 3-1 pada aksi separuh akhir di Kolkata, Rabu malam.
Anak buah Bojan Hodak itu mengejut tuan rumah dengan jaringan pertama pada babak kedua permainan menerusi Paulo Josue pada minit ke-59.
Bukan mudah buat KL City mencari kemenangan bertemu Mohun Bagan ini apabila tuan rumah mengikat kedudukan sebelum minit perlawanan sebenar berakhir menerusi Fardin Molla.
https://t.co/tSTokGFw2V pic.twitter.com/rLBGXULA35
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) September 7, 2022
Tersentak dengan jaringan tersebut, pemain-pemain KL City FC bangkit pada masa tambahan dengan dua menerusi jaringan Fakhrul Aiman Sidid dan Romel Morales menambah kekecewaan tuan rumah dengan jaringan ketiga.
Dengan kemenangan ini menyaksikan KL City FC bakal bertemu wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada 5 Oktober ini.