JUARA Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC bakal mendapatkan khidmat penjaring terbanyak Selangor FC musim lalu, Herlison Caion bagi perkuatkan pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 (Liga-M).
Penyerang kelahiran Brazil ini akan diperkenalkan secara rasmi oleh The Hawks dalam masa terdekat bersama seorang lagi bekas pemain Sri Pahang FC, Sean Giannelli yang kembali semula bersama skuad Warga Kota ini.
Caion telah merekodkan 14 gol hasil 22 penampilan bersama pasukan sepanjang musim lalu dan dibawa masuk menyertai keluarga Gergasi Merah Kuning secara rasmi Disember 2021 dibawah kendalian Michael Feichtenbeiner.
Berusia 32 tahun, Caion hadir dalam kem Selangor FC mengisi kekosongan posisi penyerang yang ditinggalkan Ifedayo Olusegun yang menyertai pasukan Melaka United FC.
Pemain dari Brazil itu mula menjinakkan diri dalam kancah bola sepak Asia sejak berusia 19 tahun lagi dengan bermain di Liga Korea bersama Gangwon FC dan kembali bermain pada di Korea Selatan tahun 2018 bermain di Daegu FC.
Dia juga mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Thailand selama empat musim dari 2019 hingga 2021 bersama Navy FC, PT Prachuap FC, Chonburi FC, Suphanburi FC dan Muangkan United dengan mencatatkan jumlah keseluruhan 85 penampilan, 34 gol dan 13 bantuan gol.
ARTIKEL BERKAITAN: Masa depan Caion bersama Selangor FC samar
Walaupun muncul selaku peledak utama Red Giants musim lalu, masa depan Herlison Caion dalam skuad Selangor FC ternoktah apabila Selangor FC membuat keputusan tidak menggunakan khidmatnya lagi untuk musim ini.
“Kelab itu hari ini mengumumkan pemergian penyerang Brazil dan Penjaring Terbanyak, Herlison Caion, yang menjaringkan 24 gol dan menyumbang 8 assist musim lalu.
“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus atas jasa beliau dan mendoakan yang terbaik untuk usaha beliau pada masa hadapan!,” ujar kenyataan tersebut.