TAMAT saingan sengit selepas lima pusingan  STL Grand Prix (GP), Kuala Lumpur Thunder terus membuktikan keunggulan mereka di pentas Sepak Takraw League (STL) musim ini dengan kutipan mata tertinggi sebanyak 160 mata, sekaligus memimpin senarai empat pasukan teratas yang akan bertarung di Champions Cup 2024. 

Pasukan Kuala Lumpur Thunder berjaya mengekalkan prestasi cemerlang sejak awal musim dan memastikan slot mereka di peringkat akhir yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

Perak Bison turut layak selepas menamatkan saingan dengan kutipan 93 mata, diikuti Selangor Pistons dengan 82 mata dan Negeri Sembilan Antlers dengan 66 mata, sekaligus mengesahkan tempat mereka ke Champions Cup. 

Kejayaan Negeri Sembilan mara ke final telah melayyakkan mereka ke Champions Cup 2024 selepas berjaya mengutip mata lebih banyak untuk memintas Terengganu Turtles.

Sementara itu, Terengganu Turtles terpaksa menelan kekecewaan selepas gagal mengekalkan kedudukan di tempat keempat secara keseluruhan, sekali gus terlepas peluang untuk mara ke Champions Cup.

Sebelum GP Johor, Terengganu berada di kedudukan keempat dan perlu mengekalkan kedudukan untuk layak, namun kegagalan mereka melangkah ke peringkat kalah mati membuka ruang kepada Negeri Sembilan Antlers untuk mengejar mata.

Dengan kejayaan Negeri Sembilan mara ke final dan berjaya mengutip mata lebih banyak, mereka akhirnya memintas Terengganu.

Bagi pasukan-pasukan lain, KPT Masum Knights dan Bomba Fighters menerima nasib malang apabila terpaksa turun ke Divisyen Satu untuk musim seterusnya. Manakala, pasukan Kelantan, Penang, Johor, ATM dan PDRM berjaya kekal di Divisyen Premier dan dijangka memberikan saingan sengit dalam musim akan datang.

Terengganu Turtles terpaksa menelan kekecewaan selepas gagal mengekalkan kedudukan di tempat keempat secara keseluruhan, sekali gus terlepas peluang untuk mara ke Champions Cup.

Kejayaan KL Thunder kali ini bukan sahaja memperkukuhkan reputasi mereka sebagai pasukan dominan, tetapi turut memberikan harapan besar buat penyokong untuk menyaksikan aksi cemerlang mereka di Champions Cup. 

Dengan momentum hebat yang mereka kumpul sepanjang musim, KL Thunder kini muncul sebagai calon utama untuk menjulang trofi STL Champions Cup 2024.

KL Thunder terus membuktikan keunggulan mereka di pentas Sepak Takraw League (STL) musim ini dengan kutipan mata tertinggi sebanyak 160 mata, sekaligus memimpin senarai empat pasukan teratas yang akan bertarung di Champions Cup 2024. 

Namun, saingan pasti bertambah sengit apabila mereka, bersama Perak Bison, Selangor Pistons, dan Negeri Sembilan Antlers, bakal berhadapan dengan empat pasukan jemputan antarabangsa dari Thailand, Indonesia, India, dan Singapura yang bersedia memberi cabaran luar biasa.

Setiap pasukan tempatan yang layak termasuk Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, turut bertekad merebut gelaran juara, menjanjikan aksi yang bakal mencipta sejarah dan menguji kekuatan sebenar keempat-empat wakil STL Premier.