PENGENDALI Jurgen Klinsmann enggan melihat kelebihan Korea Selatan walaupun pasukannya menewaskan Bahrain 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan E Piala Asia AFC Qatar 2023 di Stadium Jassim bin Hamad.

“Kami tahu ia bukan mudah untuk menentang Bahrain dan ternyata tidak menyenangkan.

“Kami sangat gembira bermula dengan tiga mata, ianya penting dalam perlawanan pertama dan perlawanan seterusnya,” kata Klinsmann.

Pada saingan pertama tersebut, jurulatih kelahiran Jerman ini mengakui ia adalah permainan yang sukar.

“Kami menerima terlalu banyak kad kuning pada perlawanan pertama dan ini adalah sesuatu yang perlu kami teliti. Kita juga harus melakukan yang lebih baik.


“Kami hanya memikirkan satu perlawanan ke perlawanan lain. Seterusnya kita akan bertemu Jordan dan ianya rumit juga. Bahrain memberi kami masalah. Mudah-mudahan kami melepasi peringkat kumpulan, tetapi satu langkah pada satu masa.

“Pemain Korea berada pada tahap tertinggi dan amat sukar untuk mengurangkan penguasaan teknikal mereka. Selepas beberapa kali cubaan, pemain keletihan dan musuh kami menyesuaikan diri dan mereka lebih baik daripada kami.

“Saya berpuas hati dengan pemain saya. Tanggungjawab besar sebagai jurulatih pasukan kebangsaan untuk memilih pemain dan saya fikir kami telah memilih yang terbaik daripada mereka dari liga Bahrain,” jelasnya.

Korea akan menentang Jordan pada Jumaat dengan lima pemain, termasuk kapten Son Heung-min dan pemain pertahanan Kim Min-jae, menerima kad kuning.