PENGENDALI Liverpool FC, Jurgen Klopp mengakui kemenangan bertemu Rangers FC jelas mengubah mood pasukan secara menyeluruh.

Selepas prestasi yang agak tidak menentu dalam saingan Liga Perdana Inggeris, The Reds perlu lebih fokus dalam perlawanan akan datang.

Kemasukan Mohamad Salah jelas terus mencengkam Rangers apabila berjaya menyumbang hatrick buat dirinya dengan membelasah Rangers 7-1.

Mengulas lanjut, ia adalah malam penuh makna buat anak buah Klopp apabila kembali menemui sentuhan berbisa setelah mengharungi beberapa keputusan hambar pada awal musim EPL.

“Kemenangan ini jelas mengubah mood secara menyeluruh. Kita perlu terus ke hadapan. Kita harus membawa bola melepasi garisan gol, sudah tentu itu adalah yang paling penting dalam bola sepak.

“Gol yang kita jaringkan adalah sangat istimewa menerusi set up yang menarik. Kemudian kemasukan Mo Salah menunjukkan dia seperti api yang membara.

“Ia adalah malam yang segala-galanya menjadi buat kami dan kami sangat memahaminya,”ujarnya.