LANGKAH Jurgen Klopp melanjutkan kontrak sehingga musim 2026 kemungkinan akan dituruti lagi beberapa pemain tonggak yang lain.

Kini, penyokong The Reds mengalih fokus terhadap Mohamed Salah dan Sadio Mane yang belum lagi mencapai kata sepakat berikutan kontrak yang bakal tamat pada musim 2023/2024.

Begitupun, Klopp sendiri tidak yakin adakah kontrak barunya akan menentukan rundingan kelab dengan pemain itu mencapai kesepakatan.

“Ini adalah pertanyaan untuk pemain, apa ertinya buat mereka. Tapi semuanya baik-baik saja. Hubungan saya dengan keduanya pun bagus

“Dalam hidup, ada lebih banyak perkara untuk difikirkan mengenai siapa pengurusnya, tapi mengetahui siapa pengurus dan staf kejurulatihan pun hal yang penting.

“Kalau ini jadi berita terbaik buat pemain, baguslah. Ini hidup mereka sendiri. Kami cuma ingin menjamin bahawa semua orang yang ingin berada di sini tahu apa yang dapat mereka harapkan,” ujarnya kepada BBC.

Pada Khamis, selain Klopp, Liverpool juga memastikan penolongnya, Pep Lijnders dan Peter Krawietsz, juga kekal lebih lama dengan kelab dari Anfield.