BONG Guang Yik membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia pada konten terkini akaun TikToknya.
Bekas pemain badminton pelapis percubaan negara itu membuat permohonan maaf susulan kenyataan perkauman menerusi video yang dimuat naiknya sebelum ini.
Guang Ying, berkata dia terdorong untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan semasa badminton di Malaysia tetapi mengakui sudah melangkaui batas apabila menyentuh soal kaum dan agama.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua. Sebab utama saya memberikan komen adalah kerana saya sangat meminati sukan ini.
“Saya merasakan bahawa saya mempunyai tanggungjawab untuk cuba meningkatkan badminton dan industri sukan untuk manfaat semua. Sebab itu, saya katakan semua peringkat pengurusan perlu dalam keadaan baik,” katanya menerusi video terbaharu yang disiarkan, hari ini.
Bagaimanapun, Guang Yik mengakui dia tidak sepatutnya menyentuh mengenai perkauman dan agama dan isu berkenaan.
Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Dia ketika ini dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China.
Artikel Berkaitan:
‘Anggaplah dia sebiji epal busuk’ – Lee Chong Wei
BAM kemuka aduan rasmi kepada CBA
Hannah kecam kenyataan Guang Yik