KONTINJEN Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival sukan pantai Badan Berkanun Malaysia (SUPANUN) 2022 di Pantai Batu 5, Port Dickson Negeri Sembilan.

MBSA mengutip lima pingat emas dan satu perak, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muncul naib johan sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekadar di tempat ketiga.

Kontinjen MBSA memenangi pingat emas menerusi acara petanque lelaki dan wanita, bola tampar lelaki dan wanita dan sepak takraw senior, sementara perak menerusi acara tarik tali lelaki.

“Lebih 700 atlet dan pegawai serta sukarelawan terlibat dalam temasya tersebut. Antara agensi yang mengambil bahagian ialah MBSA, UiTM, LHDN, ISN, DBKL, MPOB, MPK, PERKESO, SSM, MADA, UM, USIM, KWSP, UiAM, UPM dan lain-lain agensi.

“Karnival itu bukan sekadar untuk memburu kemenangan tetapi lebih kepada untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara atlet yang bertanding,” kata Ketua Publisiti & Media Sukan Pantai Badan Berkanun PBBM, Shahrin Ismail dalam satu kenyataan media.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md. Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM), Mustaza Mohamad.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merangkap Bendahari PBBM, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi