KIRA-KIRA 600 atlet, pegawai dan jurulatih kontinjen Selangor menerima insentif khas atas pencapaian di temasya SUKMA ke-20 tahun lepas.

Insentif ini menghargai kontinjen negeri yang berjaya meraih tempat keempat dengan kutipan 32 pingat emas, 54 perak dan 45 gangsa.

Ciapan itu diterbitkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Twitter pada Selasa.

Awal bulan ini, mereka menerima insentif RM611,600 daripada Kerajaan Negeri Selangor atas pencapaian memberansangkan atlet.

Pasukan renang menjadi penerima insentif berpasukan tertinggi dengan jumlah RM126,900 apabila meraih sembilan pingat emas, 10 perak dan lapan gangsa.