PEMAIN pertengahan Manchester City, Ilkay Gundogan bebas untuk meninggalkan kelab tersebut dengan baki kontrak yang hanya tinggal setahun bersama The Citizens.
Gundogan telah melakukan penampilan sebanyak 20 kali dalam 37 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pemain kelahiran Jerman itu sebelum ini menaruh harapan dapat diturunkan setiap minggu bersama Manchester City namun ianya tidak mungkin berlaku kerana persaingan pemain yang hebat untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan.
Kelabnya menegaskan tiada sebarang perbincangan untuk menyambung kontrak pemain tersebut dilakukan dan memberi peluang kepada Gundogan untuk berhijrah ke kelab lain,
Sebelum ini, Gundogan dilihat berada di terminal jet peribadi Lapangan Terbang Manchester, namun penerbangan itu tidak dapat dipastikan tujuannya kerana kelab tersebut turut memberikan cuti dua hari sempena perlawanan menentang Aston Villa pada Ahad.
Gergasi Sepanyol, Real Madrid pernah cuba mendapatkan khidmat pemain ini ketika dia masih bersama Borussia Dortmund.
Andai City dinobatkan sebagai juara EPL dan Gundogan mengambil keputusan berhijrah, dia akan dikenang sebagai seorang pemain paling sukses dan penjaring gol terbanyak dari Jerman untuk saingan di EPL.