HARI yang suram untuk kem badminton negara apabila beberapa pemain pulang awal selepas kalah kepada lawan masing-masing dalam Pusingan 16 Kejohanan Korea Masters 2022.

Bermula penyingkiran beregu campuran Chan Peng Soon-Toh Ee Wei kepada pasangan China, Zheng Si Wei-Zhang Shu Xian 21-18 21-14.

Perseorangan wanita, Goh Jin Wei juga dikalahkan pemain China, Wang Zhi Yi, 20-22 21-7 21-12 serta beregu lelaki, Goh V Shem-Low Juan Shen turut akur kehebatan Hiroki Okamura-Masayuki Onodera dari Jepun, 16-21 21-14 24-22

Sementara itu, nasib berbeza buat beregu lelaki negara Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong apabila dikejutkan oleh  pemain tuan rumah, Choi Solgyu-Kim Wonho, 21-17 9-21 21-13.

Bagaimanapun, cabaran negara masih diteruskan oleh beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang mara ke suku akhir. Pilihan keempat kejohanan itu mudah mengatasi halangan  Misha-Svetlana 21-5 21-8.

Turut mara, perseorangan lelaki, Soong Joo Ven yang mencatat kemenangan ke atas pemain pilihan kelima dari Korea Selatan, Heo Kwanghee, 21-11 21-19.