DUA beregu lelaki negara akur balik awal seawal pusingan pertama kejohanan Korea Masters 2023 di Gwangju yang bermula hari ini sehingga 12 November.

Gandingan Sheng Hao-Jimmy Wong tewas straight set, 21-8 21-11 kepada pemain Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan hanya dalam masa 21 minit.

Harapan disandarkan kepada Arif Junaidi-Yap Roy King juga tidak kesampaian apabila kalah selepas tewas 14-21 21-16 23-21 kepada satu lagi pasangan Taiwan, Lu Ming Che-Tang Kai Wei.

Menang di set pertama, mereka gagal mengekalkan momentum di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan namun lawannya lebih konsisten dalam permainan selepas bertarung 57 minit.

Pentas kali ini kurang seri gara-gara penarikan diri perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia yang ingin pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi ke gelanggang.

Esok beberapa pemain pilihan negara setiap kategori berbeza akan turun pada hari kedua kejohanan Korea Masters 2023 yang menawarkan hadiah berjumlah ASD210,000.