KOREA Selatan muncul juara sukan bola sepak Sukan Asia 2023 setelah mengalahkan Jepun 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hangzhou Sports Park, pada Sabtu.

Keputusan ini mengesahkan lagi status Korea Selatan sebagai raja di Sukan Asia. Korea Selatan memenangi pingat emas keenam mereka di acara sukan terbesar di Asia.

Kemenangan ke atas Jepun juga menjadikan Korea Selatan memenangi pingat emas Sukan Asia buat kali ketiga berturut-turut.

Korea Selatan sebenarnya dikejutkan dahulu dengan Jepun dalam perlawanan ini yang membuka jaringan selepas hanya dua minit permainan hasil jaringan Kotaro Uchino.

Usaha Korea Selatan untuk menyamakan kedudukan hanya membuahkan hasil pada pertengahan separuh masa pertama. Pasukan Hwang Sun-hong berjaya menjadikan kedudukan 1-1 selepas Jeong Woo-yeong menggegarkan gawang Jepun.

Taegeuk Warriors kemudiannya mendahului pada permulaan separuh masa kedua. Gol Cho Young-wook berjaya menggegarkan gawang Jepun untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Jepun tidak dapat menjaringkan gol kembali sehingga perlawanan tamat.

Sementara itu, perlawanan untuk tempat ketiga dimenangi oleh Uzbekistan yang menang 4-0 ke atas Hong Kong. Empat gol kemenangan Hong Kong dijaringkan oleh Khusayin Norchaev yang meledak dua gol, Alisher Odilov, dan Ibrokhim Ibragimov.