PEMAIN tengah Chelsea, Mateo Kovacic menjadi tumpuan selepas perlawanan seri 1-1 bertemu Manchester United pada Sabtu malam.
Kovacic dilihat berlari separuh bogel, hanya memakai seluar dalam menuju ke terowong pemain selepas menghadiahkan baju dan seluarnya kepada penyokong.
Kelibat itu sekurang-kurangnya memberi sedikit senyuman kepada semua penyokong The Blues yang membanjiri Stadium Stamford Bridge selepas jaringan masa kecederaan pihak lawan oleh Casemiro menutup perlawanan dengan keputusan seri.
Manakala Chelsea membuka jaringan pada minit ke-87 menerusi Jorginho.
Keputusan itu menyaksikan United kekal rekod tanpa tewas dalam enam perlawanan berturut-turut bagi semua perlawanan.
Manakala Chelsea pula yang dibimbing pengurus baharu Graham Porter juga masih kekal dengan rekod bersih.
Chelsea kini masih menghuni ditangga keempat dengan 21 mata selepas 11 perlawanan, manakala United di tempat kelima (20 mata).