BERITA mengenai ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon ingin kekal bersama pasukan Harimau Malaya nampaknya berjaya meraih perhatian orang luar.

Berita itu berjaya menembusi akaun media sosial bola sepak terkemuka dunia iaitu Fifa World Cup dan ia mendapat perhatian daripada peminat bola sepak khususnya dari Malaysia.

“Kim Pan-gon kekal bersama Harimau Malaya.

“Beliau memerlukan sokongan dari ekor Harimau Malaya,” menurut hantaran akaun itu.

 

Ia sedikit sebanyak dapat membuka mata peminat bola sepak luar negara untuk mengetahui isu sebenar dalam bola sepak negara.

Pada 13 Jun lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa Kim Pan-gon akan kekal bersama Harimau Malaya sehingga tahun hadapan.

FAM memaklumkan bahawa Kim akan meneruskan ‘kerjanya’ seperti biasa termasuklah aksi Piala AFF 2024 dan Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula, Mac depan.