BARISAN pemain di bawah payung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan berada di Kuching, Sarawak selama tiga hari, dalam usaha badan induk badminton negara itu, meredakan tekanan atlet, menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, ‘pertapaan’ singkat di Sarawak membabitkan atlet badminton di bawah program Road to Gold (RTG) tidak akan membabitkan latihan fizikal atau sukan raket itu sendiri.

“Selepas habis tiga kejohanan, mungkin orang cakap sama ada rehat di rumah atau apa… recovery dari segala stress begitulah,” kata Rexy.

Rexy Mainaky mahu pemain badminton yang bernaung di bawah BAM, menjalani gaya hidup seimbang menjelang Temaysa PAris 2024.

Barisan pemain BAM yang layak ke Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, akan mengambil bahagian dalam tiga kejohanan sebelum Olimpik Paris, iaitu Masters Malaysia, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.

“11 hingga 13 Jun kita akan flight ke Sarawak dan di situ kita fokus kepada psikologi, dan biar mereka tahu bagaimana situasi di olimpik.

Mostly di sana kita no badminton dan bagaimanana pemain nak release segala tekanan terutamanya selepas menamatkan tiga kejohanan,” katanya.

Kem latihan mental di Kuching, Sarawak bakal menyiapkan pemain untuk lebih bersedia dari segi mental.

Dalam pada itu, Rexy juga memberitahu demi menjaga keselamatan pemain, pihaknya sudah mengeluarkan arahan supaya mereka tidak melakukan perkara yang bukan-bukan, selain meminta pemain sentiasa bersama-sama satu pasukan sepanjang masa.

Ujar beliau lagi, pakar psikologi, Frederick Tan mahu setiap perancangan yang dilaksanakan sekarang hendaklah berpanjangan hingga ke Olimpik Paris.