ARGENTINA dimalukan pasukan ranking ke 51 dunia apabila tewas 1-2 kepada Saudi Arabia dalam aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022.
Aksi babak pertama jelas dikuasai Albicelestes dengan mempamerkan corak permainan kemas dengan menggunakan corak posession football bagi mengucar-ngacirkan pertahanan Saudi.
Serangan bertali arus Argentina akhirnya membuahkan hasil apabila Lionel Messi tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-10 meletakkan pasukan tersebut mendahului Saudi Arabia 1-0.
Messi's penalty gives #ARG a half-time lead ⚡️#FIFAWorldCup | #Qatar2022
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 22, 2022
Seakan menerima tonik baharu, Lautaro Martinez berjaya membuat larian menewaskan pertahanan Saudi Arabia untuk gol kedua Argentina namun gol tersebut dibatalkan pengadil kerana sistem VAR menunjukkan Martinez berkedudukan ofsaid.
Sebaik babak kedua bermula, Saudi Arabia memperkemas corak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi S. Al-Shehri pada minit ke 48.
Lima minit berselang, S. Al-Dawdari mencipta kejutan apabila rembatan derasnya berjaya memberi gol kedua buat pasukan Saudi Arabia.
Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat menyaksikan ia merupakan rekod terburuk pasukan yang diletakkan sebagai pilihan untuk bergelar juara dunia edisi kali ini apabila bermula dengan langkah kiri aksi kumpulan C.