JUARA dunia tinju kelas menengah, Saul Canelo Alvarez masih diselubungi emosi berhubung isu Lionel Messi sehingga mahu ‘mengajar’ Sergio Kun Aguero.
Inilah yang ingin dilakukan oleh pemegang tali pinggang WBO, WBC, WBA dan IBF kerana Aguero mempertahankan tindakan Messi yang meninggalkan jersi Mexico di lantai. Aguero membalas tweet Canelo di Twitter.
“Encik Canelo, jangan cari alasan atau masalah, pasti anda tidak tahu tentang bola sepak dan apa yang berlaku di bilik persalinan
“Jersi sentiasa berada di atas lantai selepas perlawanan kerana berpeluh, kemudian jika anda melihat dengan teliti, dia membuat langkah menanggalkan baju pertukaran dan secara tidak sengaja memijaknya,” tulis Aguero di Twitter peribadinya.
Señor canelo no busques excusas o problemas , seguramente no sabes de fútbol y que pasa en un vestuario . Las camisetas siempre después que se terminan los partidos están en el piso por el sudor y después si ves bien hace el movimiento para sacarse el botín y sin querer le da . https://t.co/zfftTXH3JB
— Sergio Kun Aguero (@aguerosergiokun) November 28, 2022
Tidak dapat menerima kenyataan Aguero, Canelo membalas mesej itu selepas 15 jam berlalu. Sama seperti ketika dia menegur Messi, Canelo menganggap Aguero sebagai hipokrit demi Messi.
“Kamu juga sama (perkatan kesat)… Kamu menulis kepada saya ‘oh oh Canelo’ dan sekarang kamu juga mengganggu. Jangan jadi munafik,” tulis Canelo pada Selasa.
Sejam kemudian, Canelo kembali menulis tweet. Canelo melakukan ini selepas menerima mesej peribadi (mesej langsung) daripada Aguero melalui media sosial Instagram.
“Tidak adil? Apa yang tidak adil. Apa yang anda lakukan sekarang, anda menulis ini dan seminit yang lalu anda membebel di DM Instagram saya, anda perlu jelas dan terus terang,” katanya menulis dengan tiga tanda seru.
'KUN' AGÜERO LE RESPONDIÓ A 'CANELO' ÁLVAREZ 😮💥
DETALLES 🔻🔻🔻 https://t.co/KWSDyqyl54 pic.twitter.com/OZtdWBq66X
— Futbol Picante (@futpicante) November 28, 2022
Pada Isnin, Canelo beremosi selepas melihat video di media sosial menunjukkan Messi menukar jersi Mexico dengan kakinya selepas perlawanan.
Bagi Canelo ini adalah satu tindakan tidak beretika. Jersi yang diperoleh oleh salah seorang pemain Mexico dengan menukar jersi selepas perlawanan yang dianggapnya tidak sesuai untuk dilempar ke lantai dan dipijak.
ARTIKEL BERKAITAN : Kump C: Ledakan Messi buka sinar buat Argentina
Kekecewaan itu tidak lain kerana Mexico tewas 0-2 kepada Argentina pada perlawanan Kumpulan C. Ini menjadikan peluang Mexico layak ke pusingan 16 semakin sukar
“Sama seperti saya menghormati Argentina, anda perlu menghormati Mexico!! Saya tidak bercakap tentang negara (Argentina). Saya bercakap tentang Messi kerana sikapnya,” kata Canelo.