ROBERT Lewandowski akhirnya menjaringkan gol pertama di Piala Dunia, ketika membantu Poland menang 2-0 ke atas Arab Saudi.
Qatar 2022 adalah penampilan keduanya di Piala Dunia yang turut menyaksikan jaringan dilakukannya itu yang ke-77 buat pasukan kebangsaan Poland.
Begitupun, Arab Saudi memulakan aksi dengan baik apabila mengawal 63 permainan sehingga minit ke-25.
Selang dua minit selepas itu, Poland memperoleh peluang terbaik menjaringkan gol apabila dianugerahkan sepakan penjuru, tandukan deras Krystian Bielik bagaimanapun penyerang Arab Saudi, berada di posisi tepat untuk menanduk bola itu melewati palang.
Selepas itu, aksi lebih positif dipamerkan Poland apabila lebih kerap memegang bola dalam tempoh lebih lama.
Pada minit ke-40, Poland akhirnya memperoleh gol pendahuluan.
Matty Cash melakukan hantaran kepada Lewandowski yang berada dalam kotak penalti, namun penyerang itu mendapati sukar untuk dia melakukan jaringan lalu melorongkan bola kepada Piotr Zielinski yang berjaya menyudahkan hantaran itu dengan baik, sekali gus meletakkan Poland di depan.
Pada minit ke-44, Arab Saudi mendapat sepakan penalti, dan Salem Al Dawsari yang mengambil sepakan itu menendang terus ke arah kanan gawang Poland.
Wojciech Szczesny yang cemerlang ketika berdepan Mexico, sekali lagi bijak membaca gerakan Aldawsari sekali gus menafikan jaringan penyamaan dan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-0.
Arab Saudi mengatur gerakan berbahaya dalam usaha mencari gol penyamaan, namun Poland semakin selesa bermain dan melakukan lebih banyakcubaan-cubaan berbahaya.
Krystian Milik hampir menjaringkan gol kedua Poland pada minit ke-71, namun gagal menerjah jaring sebelum dia dikeluarkan di diganti Krzysztof Piatek.
Pada minit ke-82, Robert Lewandowski akhirnya memecah badi Piala Dunia apabila menjaringkan gol sulungnya sepanjang beraksi di kejohanan itu.
Gembira dengan jaringan meletakkan Poland dua gol di hadapan, Lewandowski sekali lagi hampir menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90.
Dia berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Khalil Al-Owais berjaya melepaskan cubaan namun penjaga gol itu sempat menepis.
Pengadil keempat perlawanan menunjukkan tambahan masa selama tujuh minit, memberi peluang buat Arab Saudi memburu gol mengurangkan defisit jaringan.
Meskipun Arab Saudi melakukan pertukaran pemain, sudah agak terlambat apabila wisel penamat dibunyikan memberi kemenangan pertama buat Poland, sekali gus kekalahan pertama buat Arab Saudi.
Selepas dua perlawanan, Poland mendahului kumpulan C dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri, diikuti Arab Saudi, tiga mata, hasil kemenangan ke atas Argentina pada perlawanan pembukaan.