PERLAWANAN kedua dalam Kumpulan E Piala Dunia 2022 antara Sepanyol dan Jerman berakhir dengan jaringan 1-1. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi mata pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Bayt, awal pagi Isnin tadi.

Satu-satunya gol yang dijaringkan Sepanyol hadir dari kaki Alvaro Morata. Penyerang yang baru masuk pada minit ke-54 menjaringkan golnya pada minit ke-60.

Jerman hanya mampu membalas pada minit ke-83. Niclas Fullkrug, yang juga baru masuk pada minit ke-70, menyelamatkan maruah Jerman dengan gol yang dijaringkannya pada minit ke-83.

Keputusan seri ini memastikan saingan Kumpulan E masih hangat. Sepanyol masih kekal di tangga teratas dengan empat mata, manakala Jerman terakhir dengan satu mata.

Peluang untuk kedua-dua pasukan layak masih terbuka luas pada perlawanan terakhir. Kedua-dua pasukan mesti sama-sama membawa misi untuk menang.