SEPANYOL mara ke pusingan kalah mati, namun jurulatihnya Luis Enrique enggan meraikan kerana menyifatkan dia mungkin mati akibat ‘serangan jantung’ sekiranya mereka tersingkir dari Piala Dunia akibat keputusan perlawanan terakhir kumpulan E itu.
Sepanyol tewas 2-1 kepada Jepun di Stadium Antarabangsa Khalifa, meletakkan mereka di kedudukan kedua kumpulan, walaupun sama mata dengan Jerman.
Selang tiga minit memasuki separuh masa kedua, Costa Rica mendahului Jerman 2-1, situasi genting untuk sepanyol yang mungkin ‘bungkus’ awal sebelum terselamat dek kemenangan 4-2 Jerman ke atas lawannya itu.
O Luis Enrique quase infartou! 😂😂
Ainda bem que ele não sabia o resultado do outro jogo né? #TNTSportsNoQatar pic.twitter.com/9OQrvRD6Y1— TNT Sports BR (@TNTSportsBR) December 1, 2022
“Dalam bola sepak ada dua sama ada anda layak atau tidak dan kami tidak layak,” kata Enrique dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
“Saya tidak gembira langsung. Saya ingin berada di atas dan menang tetapi dalam masa lima minit Jepun menjaringkan dua gol.
“Kami tidak diancam bahaya pada separuh masa pertama dan kemudian waktu rehat saya memberitahu mereka (pemain) supaya berhati-hati kerana mereka (Jepun) tidak akan rugi. Kami rebah dan mereka boleh menjaringkan dua lagi gol. Saya tidak gembira langsung.
“Saya tidak pernah meraikan kekalahan jadi kami tiada apa-apa untuk diraikan. Kami layak tetapi saya tiada apa-apa untuk diraikan.”
Dalam sidang akhbar itu, Enrique mendakwa dia tidak pernah menyedari bahawa Sepanyol hampir tersingkir dan berkata dia gembira mendapat perkhabaran keputusan perlawanan satu lagi (Jerman menentang Costa Rica).
“Kami tersingkir selama tiga minit?” balas Enrique apabila diberitahu betapa hampir Sepanyol tersingkir.
“Saya tidak memberi perhatian pada perlawanan lain, bilakah itu berlaku? Saya tidak tahu perkara ini. Saya tidak gembira kerana kami dikalahkan oleh Jepun. Jika saya tahu (Sepanyol akan terkeluar) saya akan kena serangan jantung.”
Sementara itu, Jepun menduduki tempat teratas kumpulan E di hadapan dua gergasi, Sepanyol dan Jerman untuk menempah pertemuan saingan 16 terakhir dengan Croatia.
Mereka bangkit daripada ketinggalan satu gol ketika menentang Sepanyol, walaupun jaringan Ao Tanka diselubungi kontroversi selepas bola pada mulanya dinilai telah dikeluarkan daripada permainan dalam namun dibenarkan menerusi video bantuan pengadil VAR.
Gol itu akhirnya menyebabkan Jerman kehilangan tempat di pusingan kalah mati dan Tanaka mengakui bahawa ia adalah keputusan penting buat Jepun.
“Dari sudut saya bola jelas separuh keluar,” katanya.
“Lebih daripada itu saya tidak boleh katakan kerana kelajuan. Saya bimbang tentang menjaringkan gol tetapi sentiasa ada kemungkinan ia akan tersingkir.
“Jika ia tidak keluar dan ia bukan gol saya tidak akan kecewa tetapi akhirnya ia adalah gol yang dibenarkan, jadi ia hebat.”