SEPANYOL membelasah Costa Rica tujuh gol tanpa balas pada saingan di Piala Dunia 2022. Keputusan ini telah membawa Alvaro Morata dan rakan-rakanmenduduki tangga teratas Kumpulan E.
Beraksi di Stadium Al Thumama awal pagi Khamis tadi, gol kemenangan Sepanyol dijaringkan oleh Dani Olmo pada minit ke-11, Marco Asensio (21′), Ferran Torres (31′, 54′), Gavi (75′), Carlos Soler (90′), dan Alvaro Morata (90+3′).
Kemenangan itu adalah yang terbesar buat Sepanyol dalam sejarah penampilan di Piala Dunia. Namun yang paling penting ketika ini, pencapaian ini membawa mereka ke tempat pertama dalam kedudukan Kumpulan E dengan tiga mata.
La Furia Roja lebih unggul dengan perbezaan gol berbanding Jepun yang mempunyai mata yang sama. Samurai Biru beberapa jam sebelum itu melakar kejutan sensasi berjaya menewaskan Jerman dengan jaringan 2-1.
⚽️ Olmo, Asensio, Ferran Torres (2), Gavi, Soler, Morata
🇪🇸 Victory of champions? pic.twitter.com/DDcSoHfSVo
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) November 23, 2022
Kedudukan ketiga kini diduduki oleh Jerman dengan mata sifar, tetapi Die Mannschaft mempunyai perbezaan gol yang lebih baik berbanding Costa Rica yang kini dalam keadaan mood muram serta menduduki kedudukan terbawah.
Tiada pasukan yang pasti layak buat masa ini, memandangkan Kumpulan E baru sahaja menamatkan perlawanan hari pertama.
Tambahan pula, Jepun akan menentang Costa Rica pada Ahad, manakala Sepanyol akan menentang Jerman pada hari Isnin.