NAIB juara edisi 2018, Croatia sekadar berkongsi mata dengan Maghribi apabila terikat 0-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan F Piala Dunia 2022 di Al Khor sebentar tadi.
Croatia mendominasi penguasaan bola pada minit awal. Sehingga 10 minit pertama, kedua-dua pasukan tidak mampu mencipta peluang terbaik.
Aksi Achraf Hakimi di sayap kanan berakhir dengan rembatan rendah manakala Croatia mengancam gawang Maghribi pada minit ke-17.
Terjahan lewat Modric ke atas Hakimi membolehkan Maghribi mendapat sepakan percuma dari posisi berbahaya. Hakim Ziyech melakukan sepakan percuma tetapi bola hanya terkena benteng Croatia.
Satu lagi sepakan percuma untuk Morocco selepas Modric menarik baju Hakimi. Ziyech menendang bola di sayap kanan, tetapi masih mudah dikeluarkan oleh pertahanan Croatia.
Morocco and Croatia share the points. 🤝@adidasfootball | #FIFAWorldCup
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 23, 2022
Sejurus sebelum rehat, Yassine Bounou melakukan penyelamatan yang cemerlang. Borna Sosa menghantar hantaran silang dari sayap kiri yang dilepaskan oleh Nikola Vlasic namun berjaya diselamatkan Bounou.
Selepas separuh masa, tiba giliran Maghribi untuk mengancam. Bermula daripada tuntutan penalti Maghribi yang tidak diendahkan pengadil, Noussair mendapat bola di hadapan yang diteruskan dengan tandukan berhampiran tiang gol. Livakovic menghalang usaha Nazroui.
Kekasaran Modric terhadap Amallah mengakibatkan tendangan percuma untuk Maghribi. Ziyech menyerahkan bola kepada Hakimi yang meneruskan sepakan deras jarak jauh, Livakovic kali ini bersedia untuk menghalang.
Croatia gagal tiga kali dalam set-piece. Serangan balas pantas Maghribi gagal mencipta sebarang peluang selepas Youssef En-Nesyri membuat keputusan buruk untuk menghantar bola kepada Amallah yang terlalu lewat. Barisan belakang Croatia menutup ruang En-Nesyri di dalam kotak penalti untuk menyelamatkan bola.
Satu lagi serangan Croatia dari bola mati. Luka Modric menghantar bola dari sayap kanan, Josko Gvardiol mendapatkan bola dengan tandukan berhampiran tiang gol namun tersasar.
Enam minit masa kecederaan. Maghribi dan Croatia kedua-duanya bergelut di akhir permainan. Serangan Croatia di penghujung permainan gagal membuahkan hasil, kedudukan 0-0 menandakan tamatnya permainan.
Pemain :
MAGHRIBI : Bounou, Saiss, Mazraoui (Attiat-Allah 60′), Aguerd, Hakimi, Ziyech, Amrabat, Amallah, Ounahi (Sabiri 82′), Boufal (Ezzalzouli 65′), En-Nesyri (Hamdallah 81′)
CROATIA : Livakovic, Lovren, Sosa, Juranovic, Gvardiol, Modric, Perisic (Orsic 90′), Brozovic, Kovacic (Majer 79′), Vlasic, Kramaric (Livaja 71′)