BRAZIL akan beraksi dalam dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Piala Dunia FIFA 2022, tanpa kelibat ketua pasukan, Neymar selepas imbasan mendapati kerosakan ligamen berlaku pada buku lali kaki kanannya.
Neymar bermain selama 79 minit ketika Brazil menewaskan Serbia 2-0, sebelum dikeluarkan daripada perlawanan itu.
Pemain tonggak Paris Saint-Germain itu dikesan dikasari sebanyak sembilan kali dalam perlawanan terababit.
Jurulatih Brazil, Tite bagaimanapun menyuarakan keyakinan bahawa Neymar akan dapat beraksi di Piala Dunia ini.
Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar lebih berhati-hati dan menyatakan bahawa Neymar telah mengalami “trauma langsung” pada buku lali kanannya dan perlu dinilai lebih lanjut.
Selepas penilaian lanjut, Lasmar memberi kenyataan lagi pada petang Jumaat.
Doktor itu mendedahkan bahawa Neymar dan bek kanan Danilo, kedua-duanya mengalami kerosakan ligamen.
“Amat penting untuk kita bertenang dan membuat penilaian setiap hari. Keutamaan adalah dia kembali pulih dan dapat bermain dalam baki kejohanan ini,” kata Lasmar.
Jika Neymar dapat pulih sekali pun, dia tidak akan bersedia sehingga saingan Piala Dunia memasuki peringkat kalah mati.
Brazil akan menentang Switzerland awal pagi Selasa ini sebelum berdepan Cameroon pada Sabtu.
Jika menang, Brazil akan berada di kedudukan teratas kumpulan G, bakal bertemu dengan naib juara kumpulan H, yang mempunyai pasukan dari Portugal, Ghana dan Korea Selatan pada 5 Disember.
Sekiranya Brazil menamatkan saingan kumpulan di kedudukan kedua, mereka akan bertemu juara dari kumpulan H, 6 Disember.
ARTIKEL BERKAITAN :
Kump G : Layanan ‘istimewa’ Serbia terhadap Neymar undang kecederaan buku lali
Kump G : Richarlison dan Neymar… Dua nasib berbeza
Kump G Piala Dunia 2022: Richarlison pacu Brazil untuk bermula rentak cemerlang