DUA gol Richarlison memastikan Brazil meraih tiga mata aksi pembukaan Kumpulan G Piala Dunia 2022, awal pagi tadi.
Brazil kini berada kedudukan teratas kumpulan mengatasi Switzerland menerusi perbezaan jaringan yang terdahulu menumpaskan Cameroon 1-0.
Bagaimanapun, perlawanan di Stadium Lusail kali ini tidak berjalan mudah buat Brazil. Keputusan 2-0 tidak cukup untuk menggambarkan permainan sebenar mereka. Serbia memberikan tentangan yang sengit.
Permainan berakhir tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Brazil hanya mampu memecah kebuntuan pada separuh masa kedua menerusi Richarlison (62′, 73′) yang tampil memberangsangkan.
Still in awe 😮#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/de4VGuVBN5
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 24, 2022
Brazil: Alisson; Alex Sandro, Thiago Silva, Marquinhos, Danilo; Lucas Paqueta (Fred 75′), Casemiro; Vinicius Junior (Rodrygo 76′), Neymar (Antony 80′), Raphinha (Martinelli 87′); Richarlison (Gabriel Jesus 79′).
Serbia: Vanja Milinkovic-Savic; Milos Veljkovic, Nikola Milenkovic, D Vejkovic, Filip Mladenovic (Dusan Vlahovic 66′), Sergej Milinkovic-Savic, Gudelj (Ivan Ilic 57′), Sasa Lukic (Lazovic 66′), Andrija Zivkovic (Nemanja Radonjic 57′); 10-Dusan Tadic; 9- Aleksandar Mitrovic (Nemanja Maksimovic 83′).