LEBIH ramai lagi jurulatih bola sepak bertauliah diperlukan seluruh pelosok Sarawak dalam usaha memastikan pembangunan sukan ini terus berkembang bermula dari peringkat akar umbi.

Kejurulatihan Bolasepak Lesen D FAM/FAS 2022 anjuran Top Eight Futsal Club bersama Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Bintulu telah diadakan di Bintulu, Sarawak berakhir pada Sabtu.

“Kursus diadakan selama lima hari dari 12 hingga 17 Disember 2022 dikendalikan oleh jurulatih Wan Jamak Wan Hassan dan dibantu oleh jurulatih Anai Igang @ Mohd Farhan Abdullah.

“Semoga para peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam membimbing pasukan bolasepak di masa akan datang,” tulis kenyataan Facebook Persatuan Bola Sepak Sarawak : FAS Official.