KEJOHANAN Klang Valley Unity Merdeka Challenge (KV UMC) yang berlangsung selama dua hari sempena sambutan Hari Kemerdekaan berjaya mencapai matlamat utama iaitu mencungkil bakat baharu dan semangat cintakan tanah air.
Beberapa kategori umur dari bawah lapan tahun sehingga bawah 16 tahun diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pemain bola sepak akar umbi dalam pertandingan sebenar.
Akademi Kuala Lumpur Rovers berjaya muncul juara kategori umur bawah 16 tahun manakala DACS Gombak menjadi juara untuk kategori bawah 14 tahun dan Setiawangsa Rangers berjaya menjadi juara untuk kategori bawah 12 tahun.
Kelab Bolasepak Infiniti pula dinobatkan sebagai juara kategori bawah 10 tahun dan akhir sekali untuk kategori bawah lapan tahun FCKL berjaya merekodkan memori indah membawa pulang trofi kejohanan.
Selain bola sepak, kanak-kanak ini juga dididik pendidikan cintakan negara bersempena Hari Merdeka ke-67 sekali gus meningkatkan lagi rasa bangga mereka kepada Malaysia.
Kejohanan kali ini menghimpunkan lebih 600 pemain dan 1,000 pengunjung dengan beberapa penaja seperti TRIDENT, Haro, RRI Football Park , Restoran Salero Kito dan Stesen TV Awesome turut hadir kemeriahan kejohanan.