PERSEMBAHAN mantap Kylian Mbappe boleh meletakkan namanya sebaris pemain ikonik seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Malah, pemain kebangsaan Perancis itu berada dalam posisi terbaik untuk menjadi pemain terbaik di Piala Dunia FIFA 2022, di Qatar kali ini.

Les Bleus hanya memerlukan dua lagi kemenangan, pertama menang ke atas Maghribi awal pagi esok dan memenangi perlawanan menentang Argentina di final, Ahad ini, untuk negara itu muncul juara dua edisi berturut-turut.

Mbappe, 23, berpeluang mencatat namanya sebaris Ronaldo dan Messi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Setakat ini, Mbappe sudah menjaringkan lima gol di Qatar. Pencapaiannya itu hanya dilakukan pemain hebat seperti Pele atau Diego Maradona, yang melakukannya pada usia muda.

Malah, Mbappe memiliki kelajuan terutamanya apabila bola berada di kakinya, namun agak mengejutkan, dia gagal meletakkan namanya di kedudukan teratas 10 pemain paling laju di Piala Dunia 2022 kali ini.

10 Pemain terpantas di Piala Dunia Qatar.

Penyerang Perancis itu adalah pemain paling pantas di Ligue 1, mencapai kepantasan 22.4 meter sejam (mph) awal musim ini.

Sementara di Qatar, pemain paling pantas adalah Rennes Kamaldeen Sulemana dari Ghana yang mencapai kelajuan 22.1 mph.

Pemain lain seperti Nico Williams (Sepanyol), Daniel James (Wales), Antonee Robinson (Amerika Syarikat) dan Achraf Hakimi (Maghribi), berkongsi kelajuan 22.7 mph, lebih pantas dari Mbappe.