PERTEMBUNGAN aksi Liga Super 2023 antara Sabah FCmenentang Johor Darul Ta’zim pada Rabu menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Malah, laman sosial rasmi Sabah FC mengumumkan tiket yang diperuntukkan untuk jualan dalam talian (online) menerusi laman web TicketHotline sudah habis dijual sekali gus menjangkakan ribuan penyokong bakal membanjiri Stadium Likas.

Berikutan itu, katanya tiada jualan tiket secara fizikal bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Likas yang mempunyai kapasiti lebih 20,000 penonton itu.

“Untuk pengetahuan, tiket perlawanan menentang JDT pada Rabu ini sudah habis dijual. Tidak ada tiket fizikal akan dikeluarkan,” jelas kenyataan akaun Facebook Sabah FC.

Berdasarkan rekod, kali terakhir JDT bertandang ke gelanggang skuad The Rhinos itu ialah pada aksi Liga Super musim lepas, pada 15 Julai 2022 yang menyaksikan Sabah tewas tipis 1-2.

Manakala, dalam saingan pusingan pertama di Iskandar Puteri, Sabah tewas besar 0-4 pada 31 Mac lepas.