LIGA Perdana Inggeris (EPL) baru memasuki minggu keempat tetapi pemerhati sudah bercakap-cakap mengenai pemecatan pengurus.

Steven Gerrard dan Frank Lampard antara nama yang berada dalam senarai bahaya !

Selepas empat perlawanan, Arsenal terus menang berturut-turut, Manchester City mengekori rapat, manakala Manchester United, Chelsea dan Liverpool mula mempamerkan kebangkitan.

Banyak drama yang sudah berlaku di EPL pada awal musim 2022/2023 dan yang terkini adalah berkaitan pemecatan pengurus.

Beberapa pengurus dikatakan gagal memberi impak untuk kelab di permulaan saingan.

Seperti dilapor Bet9ja, ada tiga nama yang masuk dalam daftar calon pengurus pertama yang akan dipecat.

Leicester City yang diuruskan Brendan Rodgers tampil buruk. Dari empat aksi, Leicester kalah tiga kali dan seri sekali!
The Foxes terperosok di dasar liga dengan hanya mengutip satu mata.

Seterusnya, ada dua bekas pemain tengah EPL yang menjadi pengurus namun kini posisi mereka tidak lagi selamat.
Mereka adalah pengurus Aston Villa, Steven Gerrard dan Frank Lampard yang bersama Everton.

Aston Villa sedang berada di tangga ke-15 dengan tiga mata hasil dari sekali menang dan tiga kali kalah. Everton di kedudukan ke-18 dengan dua mata.

Lawan berikutnya di minggu kelima, mereka akan menghadapi pesaing sukar. Everton akan berdepan Leeds, Aston Villa bertemu Arsenal, dan Leicester City melawan Manchester United.