SEBANYAK lapan pasukan akan mewarnai bola sepak Negeri Perlis apabila mereka akan menyertai Liga Super Perlis 2024.

Lapan pasukan itu ialah KSMR Kangar, Anak Nelayan Seberang Ramai FC, Kangar City FC, Arau City FC, Kuala Perlis Titans, Bintong FC, Juang Kayang FC dan Suria Paya United SC.

Liga ini telah diiktiraf oleh Amateur Football League (AFL) sebagai setaraf dengan Liga A3 Community atau sebelum ini dikenali sebagai Liga M5.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli merasmikan pelancaran Liga Super Perlis 2024

Liga Super Perlis 2024 dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Perlis.

Ia akan dijalankan dengan format pertandingan liga satu pusingan (round robin), membabitkan keseluruhan 28 perlawanan.

Antara trofi-trofi yang akan direbut oleh lapan pasukan yang bertanding dalam Liga Super Perlis 2024

Majlis pelancaran Liga Super Perlis 2024 telah diadakan pada Khamis lalu di Stadium Tuanku Syed Putra dan ia telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Pada edisi tahun sebelumnya, Guar Syed Alwi FC  muncul sebagai juara Liga Super Perlis selepas menewaskan Lion Junior FC dalam perlawanan akhir, sekali gus mendapat tiket untuk beraksi di Liga A2 Amatur (Piala al-Ikhsan) pada musim ini.