LEBIH 10,000 peserta berkumpul bagi menyertai acara Puma Nitro Night Run 2024 yang berlangsung  di Dataran Putrajaya, Sabtu lalu.

Berpegang pada tema “Elevate,” para pelari diuji ketahanan mereka melalui tiga kategori iaitu 5 kilometer (KM), 10KM, dan buat pertama kali, kategori separuh maraton 21KM.

Kategori 21KM mendapat sambutan hangat dengan penyertaan ramai peserta, membuktikan daya tarikan tersendiri buat mereka yang mencari cabaran lebih mencabar.

Acara ini bukan sekadar larian, tetapi juga membuktikan semangat kecergasan, perpaduan, dan tekad untuk mengatasi batas diri bagi setiap peserta yang menyertainya.

Lebih 10,000 peserta berkumpul di Dataran Putrajaya bagi menyertai acara Puma Nitro Night Run 2024

Menerusi inisiatif #ForeverFaster, PUMA menyediakan platform yang menyatukan pelari profesional, amatur, dan pencinta sukan untuk mencabar diri mereka dalam suasana penuh keceriaan dan semangat komuniti.

Pengurus Negara Puma Malaysia, Steven Tan, menyifatkan acara kali ini benar-benar memperlihatkan semangat luar biasa dalam kalangan komuniti pelari di Malaysia.

“Puma Nitro Night Run tahun ini benar-benar mencerminkan semangat luar biasa dalam kalangan komuniti pelari di Malaysia.

“Kami gembira melihat peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang bersatu menghadapi cabaran ini dengan penuh keseronokan,” katanya.

Steven turut mengakui bahawa ramai peserta tampil berani menguji ketahanan diri dengan kategori 21KM juga menerima sambutan yang tidak kurang hebatnya.

“Penyertaan hebat dalam kategori 21KM menunjukkan betapa ramai yang ingin menguji daya tahan mereka.

“Kami teruja dengan kejayaan ini dan berharap dapat membawa lebih banyak pengalaman hebat di masa akan datang.”

Peserta Puma Nitro Night Run 2024 meraikan pencapaiannya selepas menamatkan perlumbaan

Secara keseluruhan, Puma Nitro Night Run 2024 bukan sahaja mencipta pengalaman larian yang penuh cabaran, tetapi juga mengukir detik-detik bermakna bagi setiap peserta yang hadir.