FOTO : PERAK FC

KEDAH Darul Aman FC sekali lagi dirundung kekecewaan apabila kali ini tumpas di laman sendiri kepada Perak FC dengan keputusan 2-0.

Perlawanan Liga Super 2024-25 yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, menyaksikan akaun jaringan dibuka oleh pemain import Perak dari Korea Selatan, Lee Tae-min, pada minit ke-18.

Pada awalnya, jaringan Tae-min disangka berada dalam posisi offside, namun selepas semakan oleh  Video Bantuan Pengadil (VAR), gol tersebut disahkan.

Pemain import Kedah, Habib Haroon sedikit cemas apabila pergeseran dengan Wan Zack Haikal hampir mengundang kad amaran, namun pengadil tidak melayang apa-apa hukuman selepas merujuk VAR.

May be an image of ‎3 people, people playing football, people playing American football and ‎text that says "‎XOX मह STRFEL حد JMMY C‎"‎‎

Syafiq terpaksa dikeluarkan awal babak kedua selepas mengalami kecederaan. FOTO : KDA FC

Terdapat beberapa peluang buat tuan rumah menjaringkan gol tetapi ketumpulan penyudah daripada pemain yang baharu disenaraikan kembali dalam kem Harimau Malaya, Shafiq Ahmad menyebabkan Kedah gagal mendapat gol penyamaan di babak pertama.

Nasib tak menyebelahi Kedah apabila tiang menjadi penghalang buat sepakan percuma kaki kiri Sukhrob Nurullaev m-57 ketika penjaga gawang lawan, Ramadhan Ab Hamid sudah tertewas.

Pelawat sebaliknya menambah derita pasukan tuan rumah apabila gerakan berpasukan menarik dimulakan Wan Zack Haikal sehinggalah Tae-min menyempurnakan untuk jaringan kedua Perak m-77.

Dua minit sebelum tamat masa kedua, Sony Norde hampir mencetak gol untuk Kedah melalui percubaan di depan gawang. Namun, tembakan tersebut mengenai palang, mengecewakan penyokong. Kedudukan dua gol tanpa balas itu kekal hingga hujung perlawanan.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut bagi Sang Kenari dalam liga musim ini, memberikan tamparan hebat kepada pasukan dan penyokong mereka.

Sementara itu, tiga mata pertama memberikan tonik baharu kepada Perak FC untuk terus cemerlang dalam saingan liga dengan bertemu Selangor bulan depan.

 

May be an image of ‎2 people, people playing American football, people playing football and ‎text that says "‎LIGA W 山売 t 0 APKE AB ΚΕΙ =یتی= ARAB RAB_STREET DIHI STREET‎"‎‎

Assifuah menerima trofi Penjaring Terbanyak Piala MFL. FOTO :  MFL

Terdahulu, sebelum sepak mula perlawanan, satu acara istimewa diadakan di mana Pengarah Teknikal Kedah Darul Aman FC,  Nelson Marcelo San Martin Arriagada, menyampaikan trofi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (Penjaring Terbanyak Piala MFL) kepada pemain Kedah Darul Aman FC B, Ebenezer Assifuah.

Anugerah ini merupakan penghargaan atas prestasi cemerlang Ebenezer sepanjang musim lalu.