PEMAIN naturalisasi negara, Lee Tuck gembira selepas dikurniakan bayi ketiga apabila isterinya, Georgia Tuck selamat melahirkan seorang lagi anak perempuan pada 2 Februari 2024.
Tuck yang mempunyai dua lagi anak perempuan, Ruby dan Sienna memuat naik hantaran menerusi laman Instagram peribadinya untuk mengumumkan kepada dunia dia kini bergelar bapa kepada tiga anak perempuan.
Bayi yang diberi nama Giovanna Ella Tuck itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.8 kilogram sekaligus melengkapkan keluarga bahagia Tuck yang kini menetap di England.
“It’s a hat-trick and I’m now officially out numbered forever as a girl dad. I’m very proud of my wife Georgia and blessed to have a 3rd beautiful baby girl. It’s now time for the sleepless nights – let the fun begin,” tulisnya pada hantaran itu.
Pasangan itu yang berkahwin di Phuket pada 2018 dikurniakan anak pertama pada 2019 dan anak kedua pada 2021 ketika Tuck bermain di Malaysia bersama Terengganu FC.
Tuck memperolehi kerakyatan Malaysia menerusi proses naturalisi mempunyai sembilan kaps bersama Harimau Malaya dan berjaya menjaringkan tiga gol ketika bertemu Kemboja, Maldives dan Kepulauan Solomon.