LEE Zii Jia dijangka meluangkan masa bertemu Jawatankuasa Road to Gold (RTG) minggu ini juga, untuk menyelesaikan urusan berkaitan sekali gus mengesahkan mahu kekal berada dalam program itu.

Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, mengesahkan bahawa pihak pengurusan Lee Zii Jia sudah menghubunginya dan pertemuan akan berlangsung minggu ini.

Bagaimanapun, beliau enggan berkongsi tarikh dan masanya, biarpun hanya tinggal hari ini dan hujung minggu sahaja untuk minggu ini berakhir.

Koordinator Raod to Gold (RTG), Datuk Stuart Ramalingam yakin akan ada masa sesuai untuk bertemu Lee Zii Jia bagi mendapatkan tandatangan pembaharuan persetujuan komitment RTG.

“Kita akan maklumkan perkembangan ini selepas mesyuarat berlangsung. Buat masa sekarang saya harap tiada spekulasi yang ditimbulkan.

“Kami melihat perkara ini secara positif dan dapat memuktamadkan isu kontrak berkenaan selepas perjumpaan diadakan,” katanya.

Pengerusi bersama jawatankuasa RTG, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menegaskan, lebih cepat Lee Zii Jia menandatangani LOC, lebih cepat dapat menggunakan manfaatnya.

Sebelum ini, pada mesyuarat jawatankuasa RTG bilangan 3, Stuart mengesahkan Zii Jia satu-satunya atlet daripada 15 yang tersenarai dalam program itu, belum menandatangani pembaharuan kontrak persetujuan komitmen (LOC) dan diberi masa sehingga 14 November untuk menyelesaikannya.

Malah, Pengerusi bersama jawatankuasa program Road to Gold (RTG), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut mengharapkan maklum balas positif dari pihak Zii Jia.

Menurut beliau, lebih cepat pemain yang menghuni ranking ke-11 dunia itu menandatangani kontrak, lagi banyak bantuan boleh disalurkan di bawah program RTG.

ARTIKEL BERKAITAN : RTG belum terima respon Zii Jia