PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

Bekas juara Asia dan All England itu membenam cabaran pemain tuan rumah, Toma Junior Popov menerusi kemenangan straight set 21-13, 24-22.

Pun begitu, Zii Jia mengakui perlawanan tersebut bukan mudah.

“Ia satu perlawanan yang sukar terutama sekali pada set kedua perlawanan. Saya menjangkakan untuk bermain di set ketiga namun berjaya untuk mengutip mata kemenangan.

“Popov hari ini sekali lagi bermain dengan cukup baik sekali. Saya merasakan yang dia kini berada dalam kondisi yang cukup baik. Sokongan daripada tuan rumah juga membantunya untuk mendapatkan momentun yang diperlukan.

“Dalam perlawanan tadi, saya tidak mempunyai plan yang spesifik. Keutamaan pertama saya ialah untuk kekal tenang dan fokus pada setiap mata kerana sokongan kepada Popov mungkin boleh menganggu konsentrasi saya di atas gelanggang,” katanya selepas perlawanan.

Lee Zii Jia kini akan bertemu dengan pemain ranking No.3 dunia dari Denmark, Anders Antonsen dalam aksi suku akhir esok pukul 9 malam.