LEGENDA bola sepak negara, Khalid Ali telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 66 tahun, petang ini selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.

Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

“Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin.

“Al-Fatihah,” tulis kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

Terdahulu, Khalid sedang menerima rawatan di pusat perubatan terbabit selepas mengalami sesak nafas dan keadaan kesihatan kurang memuaskan.

Sebelum ini, bekas pemain kebangsaan itu disahkan menghidap kanser tahap empat sehingga mendapat perhatian perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanannya.