KONTINJEN Malaysia terus menambah pingat emas pada hari terakhir pertandingan Sukan SEA 2023, kali ini daripada atlet sukan tari, Lego Sam Jee Lek.
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu memukau para hakim untuk mempertahankan kejayaan pertandingan breakdance lelaki di Dewan Stadium Olimpik, Phnom Penh pada Selasa.
Lego Sam, yang memenangi acara itu ketika pertama kali dipertandingkan di Manila pada 2019, menewaskan penari Thailand, Kantapon Rodsaarat, 3-0 di final.
Seorang lagi penari Malaysia Faridh Mohd Yasin tersingkir pada peringkat suku akhir.
Sam dan Faridh mengetuai padang di dua kedudukan teratas selepas pusingan awal.